Tuesday 19 March 2013

Pembangunan dan Perubahan Sosial di India


INDIA DARI PERSPEKTIF PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL

Roti Canai, Capati, Tosai dan tandoori.. wow!! sape xkenal wei??,, sedap kot.. tahukah korang masakan2 ni didominasi kaum india. xkiralah india muslim (mamak) ke india hindu ke, terer n masyuk je diaorg masak..perghh,,diaorg ni dari india, opss.. sebelum tu korg thu tak? mu thu dok? hangpa tau tak? tentang negara diaorg ni??, jom! kita sama2 kaji negara diorg hehe. sama mcm negara kita ke? atau x.. hehe. 

Populasi Negara India.
Ketika ini, negara India merupakan Negara kedua di dunia yang memiliki populasi penduduk yang paling ramai di dunia iaitu seramai 1.21 bilion orang atau 17% populasi dunia dan  mempunyai keluasan berjumlah antara 3.28 juta km persegi.
Pada asalnya, sebelum Negara india memperolehi kemerdekaan daripada jajahan United Kindom pada sekitar 60 tahun dahulu, populasi di Negara tersebut hanya kira-kira sekitar 350 juta. Namun setelah mencapai kemerdekaan, populasi di Negara tersebut sudah meningkat kepada hampir tiga kali ganda, dan kebarangkalian pada masa akan datang peningkatan tersebut mungkin akan melangkaui populasi penduduk negara China. India juga memiliki lebih dari dua ribu etnik dan menganut pelbagai jenis agama yang utama.
Di Negara india terdapat perbezaan dalam masyarakat terutamanya dari segi keturunan dan perbezaan kehidupan budaya mereka. Secara umumnya, masyarakat India kebanyakkan mereka adalah berkulit hitam, berketinggian dan bersaiz sederhana dan juga berhidung lebar. Akan tetapi bagi masyarakat india selatan pula ada sesetengah penduduknya berkulit cerah.
Di India terdapat 18 bahasa rasmi dan di bahagikan kepada dua kelompok besar iaitu indo-arya yang merupakan salah satu cabang dari kelompok bahasa indo-eropa dan merupakan bahasa yang digunakan sepenuhnya oleh masyarakat India. Yang kedua pula adalah dravida iaitu bahasa asli india selatan dan dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Hindi. Di India terdapat 1600 bahasa dan dialek. Bahasa inggeris juga diutamakan terutamanya dalam kalangan pelajar, sedangkan sebahagian masyarakat india yang lainnya bahasa inggeris merupakan bahasa kedua setelah bahasa daerah.
Kadar peningkatan populasi yang mendadak ini disebabkan beberapa faktor antaranya, peningkatan kadar kemiskinan dan kelemahan sistem kesihatan rakyatnya. Malah tahap tahap kesedaran terhadap perancangan kelahiran di kalangan penduduk kelas pertengahan juga begitu rendah. Kerajaan India telah cuba mengawal kadar peningkatan populasi mereka, namun ia memerlukan perancangan rapi dan strategi yang berkesan untuk mencapai kadar pertumbuhan populasi 1.6%. Dari segi tahap kesihatan, penduduk india yang terdedah kepada penyakit HIV AIDS sebanyak 2.24 juta. Selain itu kadar kelaziman penghidap HIV dalam kalangan belia di india adalah sebanyak 0.1%.Selain itu, kadar celik huruf di india pula ialah sebanyak  62.8% daripada jumlah keseluruhan rakyat india.


Sumber ekonomi dan pendapatan india
India memiliki ekonomi yang berada dalam urutan ke-10 dalam kedudukan mata wang dan ke-4 terbesar. india memiliki rekod ekonomi dengan pertumbuhan tercepat sekitar 8% pada 2012.oleh kerana populasinya yang besar, namun pendapatan per kapita India berdasarkan  hanya 1,330,us dollar  berada di kedudukan 125 oleh Bank dunia. Cadangan pertukaran asing  India sekitar 143 juta us dolar. Mumbai merupakan ibu kota kewangan negara ini dan juga merupakan rumah dari reserve bank of india dan Bursa saham mumbai. Meskipun satu perempat dari penduduk India masih hidup di bawah garis kemiskinan, jumlah kelas menengah  yang besar telah muncul kerana cepatnya pertumbuhan dalam industri teknologi maklumat. Ekonomi India dulunya banyak tergantung dari pertanian, namun sekarang ini hanya menyumbang kurang dari 25% . Industri penting lainnya termasuk perlombongan, petroleum, pencarian berlian, filem, tekstil, teknologi maklumat, dan kraftangan. Kebanyakan daerah industri India berpusat di kota-kota utamanya. Meskipun India hanya menerima sekitar tiga juta pengunjung asing setiap tahun, pelancongan tetap penting tapi masih bukan sumber pendapatan nasional yang belum berkembang. pelancongan menyumbangkan 5.3 peatus di India. rakan perdagangan utama India termasuk Amerika Syarikat, Jepun, china dan UAE. Eksport utama India termasuk produk pertanian, tekstil, batu berharga dan perhiasan,teknologi, kimia,  sedangkan komoditi importnya adalah minyak mentah, mesin, batu berharga, dan kimia. Pada tahun 2004, jumlah eksport India berjumlah 69.18 juta us dollar

Politik di India
Perubahan ekonomi dan sosial masyarakat india juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perubahan arus politik negara itu sendiri. Di india terdapat lima parti kebangsaan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat india itu sendiri iaitu India National Congress (INC), Nationalist Congress Party (NCP), Communist Party of India (CPI), Communist Party of India (Marxist) (CPI-M), Bahujan Samaj Party (BSP), Bharatiya Janata Party (Indian People Party) (BJP). Parti-parti politik di india membawa pelbagai ideologi untuk diperjuangkan sebagai contoh parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) yang memperjuangkan kembali sistem kasta di india. Bagi mereka hanya golongan atasan atau golongan menengah sahaja yang berhak memikul tanggungjawab sebagai pemerintah. Selain itu, golongan atasan yang dimaksudkan juga mempunyai salur galur keturunan yang dianggap sebagai mulia. BJP dikatakan sebagai parti yang banyak memperjuangkan agama Hindu kerana agama Hindu dilihat sebagai agama yang tradisi dan paling lama menetap di India. BJP pernah memerintah India pada 1998 hinggalah 2004. Namun demikian selepas itu BJP mengalami kekalahan kepada Parti Kongres di bawah pimpinan Sonia Ghandi. Peralihan kuasa ini dilihat dari beberapa faktor antaranya rakyat India mempunyai kesedaran yang tinggi dalam politik. Di samping itu, terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan BJP seperti golongan petani. Mereka merasa dipinggirkan oleh BJP, sebaliknya sentimen yang dimainkan Parti Kongres banyak mengenai pembelaan nasib golongan kelas rendah. Terdapat isu lobi-melobi antara parti.
Negara India juga dilihat sebagai negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi. Keadilan dan indeks rasuah di negara India kita boleh lihat di Corruption Perception Index 2012. Indeks pada 2012 menunjukkan india pada tangga 94 dan skor 36. Ini memperlihatkan India merupakan negara yang mempunyai isu rasuah yang tinggi. Korupsi yang tinggi menyebabkan rakyat disana ingin keluar dari putaran ganas tersebut. Pelbagai usaha untuk mengurangkan korupsi ini dilakukan seperti kempen, filem dan seumpamanya. Sebagai contoh, cerita yang famous dalam masyarakat india iaitu cerita Sivaji The Boss. Cerita ini menampilkan jalan cerita bagaimana pembangunan sosial memerlukan ketelusan dan keikhlasan. Korupsi di India menjadi kebiasaan dalam golongan menengah.
Diharapkan negara seperti ini dijadikan pengajaran kepada negara kita Malaysia.



Kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa India mempunyai pakar-pakar dalam perubatan di peringkat pengajian mahupun di peringkat pekerjaan. Namun, sejauh manakah pengaplikasian ini disularkan kepada masyarakat? Melihat semula kepada kadar tahap kesihatan rakyat, tidak menampakkan kemajuan yang baik. Sememangnya di Malaysia, apabila terdapat lebih ramai penduduk yang jangka hayatnya lebih panjang, ia dikategorikan mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan kerajaan menjaga rakyat Malaysia dengan baik. Tetapi, tidak seperti di India. Lebih ramai penduduk, maka lebih ramai yang mati kebuluran dan miskin. Ia tidak melihat kepada jangka hayat yang panjang sesuatu masyarakat, tetapi melihat kepada bagaimana masyarakat tersebut meneruskan kehidupan. Di sini, hasil kajian dan perbincangan dari segi ekonomi, sosial, politik dan juga pendidikan, menampakkan ketidakstabilan antara 4 aspek utama tersebut. Dengan ini disimpulkan bahawa negara ini sedang mengalami ketidakstabilan populasi penduduk dengan tahap ekonomi (perkapita) negaranya. Langkah mudah dan sewajarnya diambil dan dikekalkan ialah membuat polisi seperti satu keluarga satu zuriat (anak).

Lampiran 


Human Development Index (HDI)


Monday 18 March 2013


TEORI SISTEM DUNIA

Assalamulaikum….salam mahabbah buat pembaca2 semua…syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yg telah memberikan kesempatan kepada kita untuk sama2 membuat entri lagi dalam tujuan perkongsian ilmu, semoga memberi manfaat. InsyaAllah..

Pada entri kali ini, kami akan membincangkan salah satu teori sosiologi yang tidak asing lagi iaitu Teori Sistem Dunia yg dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein. Sebelum kita membincangkan teori ini dengan lebih lanjut adalah lebih baik kita mengenali tokoh sosiologi ini dahulu.a

Wallerstein dilahirkan pada 1930 di Kota New York. Dia memasuki Universiti Columbia dan meraih gelaran BS, MA and PhD di Universiti yang sama. Mentor utamanya ialah C.Wright Mills. Beliau merupakan individu tempat Wallerstein belajar soal sensitiviti sejarah, soal makrostruktur, dia menolak liberalisme dan, dalam beberapa hal, Marxisme.

Wallerstein pernah menetap di Paris. Di sana dia dipengaruhi oleh dua arus intelektual utama:

1) kumpulan sejarahwan Annales dan
2) gagasan politik radikal.

Paris ketika itu merupakan pusat radikalisme politik dan intelektual di antara masyarakat Afrika, Asia dan Amerika Latin, dan juga menjadi penentang utama empirisisme dan liberalisme Anglo-Amerika. Dalam kajiannya di Afrika, Wallerstein bersentuhan dengan dunia ketiga, dan dia menulis disertasisnya mengenai proses pembentukan nasionalisme di Afrika Barat.Penelitiannya mengenai dunia ketiga memberi kesan besar terhadap karyanya. Dalam pengantar bukunya The Modern World System , Wallerstein menyatakan "In general, in a deep conflict, the eyes of the downtrodden are more acute about the reality of the present. For it is in their interest to perceive correctly in order to expose the hypocrisies of the rulers. They have less interest in ideological deflection. "(P. 4).

Apa itu teori sistem dunia??

Teori sistem dunia merupakan 1 teori yg beraliran neo-marxis. Teori ini seringkali dikaitkan dengan teori pergantungan, kebergantungan dan teori globalisasi. Teori ini membahagikan dunia kepada 3 bahagian utama iaitu Negara Teras (Core), Negara Periphery (Separuh Pinggir), dan Periphery (Pinggir). Ketiga-tiga blok dunia ini terlibat dalam usaha untuk membentuk negara maju (teras) melalui kerjasama ekonominya yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Perubahan negara pinggiran kepada negara semi pinggiran ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran ini untuk melaksanakan sesuatu pelan pembangunan dan berdiri diatas kaki sendiri. Misalnya, untuk memajukan negara sendiri, mereka  perlu melaksanakan pelan pembangunan negara seperti yang pernah  dilakukan oleh Malaysia dahulu iaitu dengan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan memanfaatkan sumber semulajadi yang ada untuk dibangun dan diperkembangkan ekonomi negara.

Manakala transissi negara semi pinggiran kepada negara teras (core) ialah dengan meluaskan pasaran ekonomi dan menghasilkan produk berteknologi moden serta mampu bersaing dipasaran antarbangsa dengan hasil kualiti yang tinggi. Konsep negara semi-pinggiran ini diperkenalkan oleh Wallernstain sebagai pelengkap kepada teori pergantungan (dependency theory ).
Seterusnya, contoh yang dapat kami kaitkan dengan teori sistem ini ialah dengan tiga negara iaitu  Negara Jepun sebagai teras, manakala Malaysia sebagai Negara semi pinggiran dan Indonesia sebagai Negara pinggiran. Seperti yang kita sedia maklum, Negara Jepun merupakan salah satu Negara teras yang begitu pesat membangun antaranya dalam bidang automotif dan perindustrian. Negara Jepun menjadi tempat pergantungan Malaysia dalam membangunkan ekonomi Negara. Hal ini dapat dilihat melalui pelaksanaan dasar pandang ke timur oleh tun dr Mahathir Muhammad. Walaupun Malaysia mempunyai sumber pengeluaran dan modal namun, tahap pencapaian ekonomi di Malaysia masih belum berada pada tahap yang membanggakan.

Antara kebergantungan Malaysia adalah dalam sektor industri automotif dimana kilang kereta proton nasional mendapat kerjasama daripada syarikat Mitsubishi dari Jepun. Berdasarkan dasar pandang ke timur , ekonomi  Malaysia dapat dikembangkan dengan syarat Malaysia menjadi tempat pemasaran barangan Jepun terutama sekali perindustrian automotif seperti Toyota, Honda dan Mitsubishi. Keadaan ini menunjukkan hubungan saling kebergantungan diantara Negara Jepun dan Malaysia.

Manakala Negara Indonesia pula merupakan salah satu Negara pinggiran. Masalah kemiskinan lazimnya akan menjadi faktor penghalang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Keadaan ini akan menjadi sebab utama mengapa mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Penghijrahan  warganegara Indonesia ini jelas sekali menunjukkan Negara tersebut bergantung kepada sumber ekonomi daripada Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan Negaranya.

Kesimpulannya, contoh bagi ketiga-tiga Negara ini iaitu Jepun sebagai Negara Teras, Malaysia sebagai Negara separuh pinggir  dan Indonesia sebagai Negara pinggir yang mana dapat dikatakan mempunyai kebergantungannya antara satu sama lain untuk memajukan Negara masing-masing.






Monday 4 March 2013

Padang Hiliran..suatu pemerhatian...

Assalamualaikum semua...

Arini kitorang akan share serba sedikit tentang kawasan kajian ktorang yg terletrak d padang hiliran kuala terengganu. tinjauan kami meliputi aspek pembangunan yang terdapat kat kampung ni n perubahan sosial yg berlaku disepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

dari sudut pentadbiran, perubahan politik mempengaruhi sistem pentadbiran sesebuah kawasan. misalnya, sebelum ini terengganu pernah dipimpin oleh partipembangkang iaitu PAS pada tahun 1999 dengan jatuhnya parti kerajaan iaitu BN. perunahan tampuk pimpinan ini mempengaruhi sistem sosial yg lain seperti mana yg ble dijelaskan mengggunakan teori fungsional.

perubahan pentadbiran daripada pimpinan BN kepada PAS sekaligus mempengaruhi perubahan dari aspek ekonomi juga. Misalnya, kawasan sekitar kg padang hiliran yang dahulunya adalah kawassn sawah padi telah dijualkan tapak itu oleh pemerintah (PAS) kepada Pemilik Giant dan akhirnya telah dimajukan untuk pembangunan dan kini ianya telah menjadi sebuah pusat membeli-belah.

dari sudut pembangunan sosial pula, pelbagai kemudahan mula dibangunkan seiring dengan peredaran masa. Tabika Kemas yg dahulunya tiada kini telah dibina bg memudahkan dan membangunkan sistem opemdidikan masyarakat di kampung itu. seterusnya, pembangunan yg terdapat di sekitar padang hiliran iaitu pembinaan rumah flat PPRT  menimbuklkan sedikit kebimbangan kepada masyarakat sekeliling mengenai peningkatan jenayah yang kemungkinan akan berlaku dan bertambah berbanding jumlah kes kini yg di laporkan hanyalah sedikit dan hanya melibatkan jenayah seperti dadah, kecurian dan lain-lain.

bercerita mengenai pembinaan flat d kawasan berkenaan, flat itu d bina untuk kemudahan rakyat sekitar kuala terengganu unutk memiliki rumah mampu milik dan bukannya utk memindahkan penduduk kampung asal padang hiliran.





Sunday 3 March 2013

assalamualaikum...
kawan2 sume ada sihat?? semoga Allah swt senantiasa melimpahkan nikmat kesihatan-Nya terhadap kita. Ada sesetengah benda yg kita miliki tp kita tak sedari akan pentingnya 'aset berharga' tu..cth nya nikmat kesihatan yg Allah kurniakan kepada kita. di waktu inilah kita sepatutnya memanfaatkan kesihatan kita untuk menambah amal dan ilmu. kerana salah satu soalan di Masyhar kelak adalah d bagaimanakah masa muda kita d habiskan. jd renung2kan dan selamat beramal! (^_~)...

k laa...tu slot perkongsian ilmu ja ckit...huhu...antropologis islam la katakan...sama seperti tokoh2 antropologi dalam islam..kami juga ingin menjadi seperti mereka...insan yang menguasai ilmu yg bukan ja ilmu dunia malahan ilmu ukhrawi...


fine! skrg ni..masuk kepada isi sebenar entri kami pada kali ni.....

this time kami nak share ckit psal job pertama yg kami da wat...yakni menjalankan 1 kajian lapangan d Kg Padang Hiliran,Kuala Terengganu.

kami memfokuskan research kami kepada skop yg ttentu utk memudahkan proses utk kami cari data n membahagikannya kpd topik tertentu. so, kali ni kami nak share ttg sejarah Kg.Padang Hiliran ...kami telah menemui org ptg Kg ni iaitu Pengerusi JKKK Kg.Padang hiliran iaitu En. Hj Ghani....


al-kisah bermulanya cerita~


Kg padang hiliran telah lama bertapak dikawasan d mana ia terletak sekarang iaitu berhampiran dengan Pasaraya Giant Kuala Terengganu dan Pasaraya Mydin. Pada asalnya, tapak tanah kedua2 pasaraya tu adalah kawasan bendang sawah padi..(bgmana ianya bertukar menjadi kawasan pasaraya akan kami ceritakan pada entri akan dtg. nantikan!). 


Terdapat kira-kira 200 buah rumah disekitar kg ni yg 99% daripada mereka adalah berbangsa Melayu..(sumber: JKKK kg Padang Hiliran). Kawasan ini meliputi juga Fajar hiliran, padang hiliran dan banyak lg kawasan d sekitarnya. 


Kg ni juga telah diterajui oleh pelbagai parti politik sebagai pucuk pimpinan yg menyebabkan banyak perubahan telah berlaku d sekitar kg ini samada dari sudut pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.


kegiatan ekonomi masyarakat sekitar kg ini pastinya sebagai petani pada suatu masa dahulu di samping ada yg menjalankan aktiviti perniagaan dan lain2 sektor perniagaan bagi menyara kehidupan mereka.




Monday 25 February 2013

Sekalung Penghargaan....

Assalamualaikum..

salam perkenalan daripada kami untuk blogger2 n pembaca yg diredhai Allah swt semua...sebagai entri pertama, kami ingin memperkenalakan tujuan penubuhan blog kami adalah bagi memenuhi tugasan pertama kami untuk membina blog dan membuat perisian yang berkenaan dengan kursus kami pada semester ini iaitu PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL yang dikuliahkan oleh pensyarah yang kami hormati En Hafis bin Amat Simin...ribuan terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan, rakan2 se'group' iaitu Sabirin,Munir, Najmi, Fadzli, Hafiz, Mai, Rose, n Nadia, seterusnya tidak ketinggaalan rakan2 sekelas yang banyak menyokong. jom sama2 kita tebarkan ilmu!!