Sunday 3 March 2013

assalamualaikum...
kawan2 sume ada sihat?? semoga Allah swt senantiasa melimpahkan nikmat kesihatan-Nya terhadap kita. Ada sesetengah benda yg kita miliki tp kita tak sedari akan pentingnya 'aset berharga' tu..cth nya nikmat kesihatan yg Allah kurniakan kepada kita. di waktu inilah kita sepatutnya memanfaatkan kesihatan kita untuk menambah amal dan ilmu. kerana salah satu soalan di Masyhar kelak adalah d bagaimanakah masa muda kita d habiskan. jd renung2kan dan selamat beramal! (^_~)...

k laa...tu slot perkongsian ilmu ja ckit...huhu...antropologis islam la katakan...sama seperti tokoh2 antropologi dalam islam..kami juga ingin menjadi seperti mereka...insan yang menguasai ilmu yg bukan ja ilmu dunia malahan ilmu ukhrawi...


fine! skrg ni..masuk kepada isi sebenar entri kami pada kali ni.....

this time kami nak share ckit psal job pertama yg kami da wat...yakni menjalankan 1 kajian lapangan d Kg Padang Hiliran,Kuala Terengganu.

kami memfokuskan research kami kepada skop yg ttentu utk memudahkan proses utk kami cari data n membahagikannya kpd topik tertentu. so, kali ni kami nak share ttg sejarah Kg.Padang Hiliran ...kami telah menemui org ptg Kg ni iaitu Pengerusi JKKK Kg.Padang hiliran iaitu En. Hj Ghani....


al-kisah bermulanya cerita~


Kg padang hiliran telah lama bertapak dikawasan d mana ia terletak sekarang iaitu berhampiran dengan Pasaraya Giant Kuala Terengganu dan Pasaraya Mydin. Pada asalnya, tapak tanah kedua2 pasaraya tu adalah kawasan bendang sawah padi..(bgmana ianya bertukar menjadi kawasan pasaraya akan kami ceritakan pada entri akan dtg. nantikan!). 


Terdapat kira-kira 200 buah rumah disekitar kg ni yg 99% daripada mereka adalah berbangsa Melayu..(sumber: JKKK kg Padang Hiliran). Kawasan ini meliputi juga Fajar hiliran, padang hiliran dan banyak lg kawasan d sekitarnya. 


Kg ni juga telah diterajui oleh pelbagai parti politik sebagai pucuk pimpinan yg menyebabkan banyak perubahan telah berlaku d sekitar kg ini samada dari sudut pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.


kegiatan ekonomi masyarakat sekitar kg ini pastinya sebagai petani pada suatu masa dahulu di samping ada yg menjalankan aktiviti perniagaan dan lain2 sektor perniagaan bagi menyara kehidupan mereka.




No comments:

Post a Comment

anthropologist