Tuesday, 19 March 2013

Pembangunan dan Perubahan Sosial di India


INDIA DARI PERSPEKTIF PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL

Roti Canai, Capati, Tosai dan tandoori.. wow!! sape xkenal wei??,, sedap kot.. tahukah korang masakan2 ni didominasi kaum india. xkiralah india muslim (mamak) ke india hindu ke, terer n masyuk je diaorg masak..perghh,,diaorg ni dari india, opss.. sebelum tu korg thu tak? mu thu dok? hangpa tau tak? tentang negara diaorg ni??, jom! kita sama2 kaji negara diorg hehe. sama mcm negara kita ke? atau x.. hehe. 

Populasi Negara India.
Ketika ini, negara India merupakan Negara kedua di dunia yang memiliki populasi penduduk yang paling ramai di dunia iaitu seramai 1.21 bilion orang atau 17% populasi dunia dan  mempunyai keluasan berjumlah antara 3.28 juta km persegi.
Pada asalnya, sebelum Negara india memperolehi kemerdekaan daripada jajahan United Kindom pada sekitar 60 tahun dahulu, populasi di Negara tersebut hanya kira-kira sekitar 350 juta. Namun setelah mencapai kemerdekaan, populasi di Negara tersebut sudah meningkat kepada hampir tiga kali ganda, dan kebarangkalian pada masa akan datang peningkatan tersebut mungkin akan melangkaui populasi penduduk negara China. India juga memiliki lebih dari dua ribu etnik dan menganut pelbagai jenis agama yang utama.
Di Negara india terdapat perbezaan dalam masyarakat terutamanya dari segi keturunan dan perbezaan kehidupan budaya mereka. Secara umumnya, masyarakat India kebanyakkan mereka adalah berkulit hitam, berketinggian dan bersaiz sederhana dan juga berhidung lebar. Akan tetapi bagi masyarakat india selatan pula ada sesetengah penduduknya berkulit cerah.
Di India terdapat 18 bahasa rasmi dan di bahagikan kepada dua kelompok besar iaitu indo-arya yang merupakan salah satu cabang dari kelompok bahasa indo-eropa dan merupakan bahasa yang digunakan sepenuhnya oleh masyarakat India. Yang kedua pula adalah dravida iaitu bahasa asli india selatan dan dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Hindi. Di India terdapat 1600 bahasa dan dialek. Bahasa inggeris juga diutamakan terutamanya dalam kalangan pelajar, sedangkan sebahagian masyarakat india yang lainnya bahasa inggeris merupakan bahasa kedua setelah bahasa daerah.
Kadar peningkatan populasi yang mendadak ini disebabkan beberapa faktor antaranya, peningkatan kadar kemiskinan dan kelemahan sistem kesihatan rakyatnya. Malah tahap tahap kesedaran terhadap perancangan kelahiran di kalangan penduduk kelas pertengahan juga begitu rendah. Kerajaan India telah cuba mengawal kadar peningkatan populasi mereka, namun ia memerlukan perancangan rapi dan strategi yang berkesan untuk mencapai kadar pertumbuhan populasi 1.6%. Dari segi tahap kesihatan, penduduk india yang terdedah kepada penyakit HIV AIDS sebanyak 2.24 juta. Selain itu kadar kelaziman penghidap HIV dalam kalangan belia di india adalah sebanyak 0.1%.Selain itu, kadar celik huruf di india pula ialah sebanyak  62.8% daripada jumlah keseluruhan rakyat india.


Sumber ekonomi dan pendapatan india
India memiliki ekonomi yang berada dalam urutan ke-10 dalam kedudukan mata wang dan ke-4 terbesar. india memiliki rekod ekonomi dengan pertumbuhan tercepat sekitar 8% pada 2012.oleh kerana populasinya yang besar, namun pendapatan per kapita India berdasarkan  hanya 1,330,us dollar  berada di kedudukan 125 oleh Bank dunia. Cadangan pertukaran asing  India sekitar 143 juta us dolar. Mumbai merupakan ibu kota kewangan negara ini dan juga merupakan rumah dari reserve bank of india dan Bursa saham mumbai. Meskipun satu perempat dari penduduk India masih hidup di bawah garis kemiskinan, jumlah kelas menengah  yang besar telah muncul kerana cepatnya pertumbuhan dalam industri teknologi maklumat. Ekonomi India dulunya banyak tergantung dari pertanian, namun sekarang ini hanya menyumbang kurang dari 25% . Industri penting lainnya termasuk perlombongan, petroleum, pencarian berlian, filem, tekstil, teknologi maklumat, dan kraftangan. Kebanyakan daerah industri India berpusat di kota-kota utamanya. Meskipun India hanya menerima sekitar tiga juta pengunjung asing setiap tahun, pelancongan tetap penting tapi masih bukan sumber pendapatan nasional yang belum berkembang. pelancongan menyumbangkan 5.3 peatus di India. rakan perdagangan utama India termasuk Amerika Syarikat, Jepun, china dan UAE. Eksport utama India termasuk produk pertanian, tekstil, batu berharga dan perhiasan,teknologi, kimia,  sedangkan komoditi importnya adalah minyak mentah, mesin, batu berharga, dan kimia. Pada tahun 2004, jumlah eksport India berjumlah 69.18 juta us dollar

Politik di India
Perubahan ekonomi dan sosial masyarakat india juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perubahan arus politik negara itu sendiri. Di india terdapat lima parti kebangsaan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat india itu sendiri iaitu India National Congress (INC), Nationalist Congress Party (NCP), Communist Party of India (CPI), Communist Party of India (Marxist) (CPI-M), Bahujan Samaj Party (BSP), Bharatiya Janata Party (Indian People Party) (BJP). Parti-parti politik di india membawa pelbagai ideologi untuk diperjuangkan sebagai contoh parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) yang memperjuangkan kembali sistem kasta di india. Bagi mereka hanya golongan atasan atau golongan menengah sahaja yang berhak memikul tanggungjawab sebagai pemerintah. Selain itu, golongan atasan yang dimaksudkan juga mempunyai salur galur keturunan yang dianggap sebagai mulia. BJP dikatakan sebagai parti yang banyak memperjuangkan agama Hindu kerana agama Hindu dilihat sebagai agama yang tradisi dan paling lama menetap di India. BJP pernah memerintah India pada 1998 hinggalah 2004. Namun demikian selepas itu BJP mengalami kekalahan kepada Parti Kongres di bawah pimpinan Sonia Ghandi. Peralihan kuasa ini dilihat dari beberapa faktor antaranya rakyat India mempunyai kesedaran yang tinggi dalam politik. Di samping itu, terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan BJP seperti golongan petani. Mereka merasa dipinggirkan oleh BJP, sebaliknya sentimen yang dimainkan Parti Kongres banyak mengenai pembelaan nasib golongan kelas rendah. Terdapat isu lobi-melobi antara parti.
Negara India juga dilihat sebagai negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi. Keadilan dan indeks rasuah di negara India kita boleh lihat di Corruption Perception Index 2012. Indeks pada 2012 menunjukkan india pada tangga 94 dan skor 36. Ini memperlihatkan India merupakan negara yang mempunyai isu rasuah yang tinggi. Korupsi yang tinggi menyebabkan rakyat disana ingin keluar dari putaran ganas tersebut. Pelbagai usaha untuk mengurangkan korupsi ini dilakukan seperti kempen, filem dan seumpamanya. Sebagai contoh, cerita yang famous dalam masyarakat india iaitu cerita Sivaji The Boss. Cerita ini menampilkan jalan cerita bagaimana pembangunan sosial memerlukan ketelusan dan keikhlasan. Korupsi di India menjadi kebiasaan dalam golongan menengah.
Diharapkan negara seperti ini dijadikan pengajaran kepada negara kita Malaysia.



Kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa India mempunyai pakar-pakar dalam perubatan di peringkat pengajian mahupun di peringkat pekerjaan. Namun, sejauh manakah pengaplikasian ini disularkan kepada masyarakat? Melihat semula kepada kadar tahap kesihatan rakyat, tidak menampakkan kemajuan yang baik. Sememangnya di Malaysia, apabila terdapat lebih ramai penduduk yang jangka hayatnya lebih panjang, ia dikategorikan mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan kerajaan menjaga rakyat Malaysia dengan baik. Tetapi, tidak seperti di India. Lebih ramai penduduk, maka lebih ramai yang mati kebuluran dan miskin. Ia tidak melihat kepada jangka hayat yang panjang sesuatu masyarakat, tetapi melihat kepada bagaimana masyarakat tersebut meneruskan kehidupan. Di sini, hasil kajian dan perbincangan dari segi ekonomi, sosial, politik dan juga pendidikan, menampakkan ketidakstabilan antara 4 aspek utama tersebut. Dengan ini disimpulkan bahawa negara ini sedang mengalami ketidakstabilan populasi penduduk dengan tahap ekonomi (perkapita) negaranya. Langkah mudah dan sewajarnya diambil dan dikekalkan ialah membuat polisi seperti satu keluarga satu zuriat (anak).

Lampiran 


Human Development Index (HDI)


No comments:

Post a Comment

anthropologist