Monday 18 March 2013


TEORI SISTEM DUNIA

Assalamulaikum….salam mahabbah buat pembaca2 semua…syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yg telah memberikan kesempatan kepada kita untuk sama2 membuat entri lagi dalam tujuan perkongsian ilmu, semoga memberi manfaat. InsyaAllah..

Pada entri kali ini, kami akan membincangkan salah satu teori sosiologi yang tidak asing lagi iaitu Teori Sistem Dunia yg dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein. Sebelum kita membincangkan teori ini dengan lebih lanjut adalah lebih baik kita mengenali tokoh sosiologi ini dahulu.a

Wallerstein dilahirkan pada 1930 di Kota New York. Dia memasuki Universiti Columbia dan meraih gelaran BS, MA and PhD di Universiti yang sama. Mentor utamanya ialah C.Wright Mills. Beliau merupakan individu tempat Wallerstein belajar soal sensitiviti sejarah, soal makrostruktur, dia menolak liberalisme dan, dalam beberapa hal, Marxisme.

Wallerstein pernah menetap di Paris. Di sana dia dipengaruhi oleh dua arus intelektual utama:

1) kumpulan sejarahwan Annales dan
2) gagasan politik radikal.

Paris ketika itu merupakan pusat radikalisme politik dan intelektual di antara masyarakat Afrika, Asia dan Amerika Latin, dan juga menjadi penentang utama empirisisme dan liberalisme Anglo-Amerika. Dalam kajiannya di Afrika, Wallerstein bersentuhan dengan dunia ketiga, dan dia menulis disertasisnya mengenai proses pembentukan nasionalisme di Afrika Barat.Penelitiannya mengenai dunia ketiga memberi kesan besar terhadap karyanya. Dalam pengantar bukunya The Modern World System , Wallerstein menyatakan "In general, in a deep conflict, the eyes of the downtrodden are more acute about the reality of the present. For it is in their interest to perceive correctly in order to expose the hypocrisies of the rulers. They have less interest in ideological deflection. "(P. 4).

Apa itu teori sistem dunia??

Teori sistem dunia merupakan 1 teori yg beraliran neo-marxis. Teori ini seringkali dikaitkan dengan teori pergantungan, kebergantungan dan teori globalisasi. Teori ini membahagikan dunia kepada 3 bahagian utama iaitu Negara Teras (Core), Negara Periphery (Separuh Pinggir), dan Periphery (Pinggir). Ketiga-tiga blok dunia ini terlibat dalam usaha untuk membentuk negara maju (teras) melalui kerjasama ekonominya yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Perubahan negara pinggiran kepada negara semi pinggiran ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran ini untuk melaksanakan sesuatu pelan pembangunan dan berdiri diatas kaki sendiri. Misalnya, untuk memajukan negara sendiri, mereka  perlu melaksanakan pelan pembangunan negara seperti yang pernah  dilakukan oleh Malaysia dahulu iaitu dengan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan memanfaatkan sumber semulajadi yang ada untuk dibangun dan diperkembangkan ekonomi negara.

Manakala transissi negara semi pinggiran kepada negara teras (core) ialah dengan meluaskan pasaran ekonomi dan menghasilkan produk berteknologi moden serta mampu bersaing dipasaran antarbangsa dengan hasil kualiti yang tinggi. Konsep negara semi-pinggiran ini diperkenalkan oleh Wallernstain sebagai pelengkap kepada teori pergantungan (dependency theory ).
Seterusnya, contoh yang dapat kami kaitkan dengan teori sistem ini ialah dengan tiga negara iaitu  Negara Jepun sebagai teras, manakala Malaysia sebagai Negara semi pinggiran dan Indonesia sebagai Negara pinggiran. Seperti yang kita sedia maklum, Negara Jepun merupakan salah satu Negara teras yang begitu pesat membangun antaranya dalam bidang automotif dan perindustrian. Negara Jepun menjadi tempat pergantungan Malaysia dalam membangunkan ekonomi Negara. Hal ini dapat dilihat melalui pelaksanaan dasar pandang ke timur oleh tun dr Mahathir Muhammad. Walaupun Malaysia mempunyai sumber pengeluaran dan modal namun, tahap pencapaian ekonomi di Malaysia masih belum berada pada tahap yang membanggakan.

Antara kebergantungan Malaysia adalah dalam sektor industri automotif dimana kilang kereta proton nasional mendapat kerjasama daripada syarikat Mitsubishi dari Jepun. Berdasarkan dasar pandang ke timur , ekonomi  Malaysia dapat dikembangkan dengan syarat Malaysia menjadi tempat pemasaran barangan Jepun terutama sekali perindustrian automotif seperti Toyota, Honda dan Mitsubishi. Keadaan ini menunjukkan hubungan saling kebergantungan diantara Negara Jepun dan Malaysia.

Manakala Negara Indonesia pula merupakan salah satu Negara pinggiran. Masalah kemiskinan lazimnya akan menjadi faktor penghalang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Keadaan ini akan menjadi sebab utama mengapa mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Penghijrahan  warganegara Indonesia ini jelas sekali menunjukkan Negara tersebut bergantung kepada sumber ekonomi daripada Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan Negaranya.

Kesimpulannya, contoh bagi ketiga-tiga Negara ini iaitu Jepun sebagai Negara Teras, Malaysia sebagai Negara separuh pinggir  dan Indonesia sebagai Negara pinggir yang mana dapat dikatakan mempunyai kebergantungannya antara satu sama lain untuk memajukan Negara masing-masing.






No comments:

Post a Comment

anthropologist